China beri amaran kepada Filipina sekongkol dengan kuasa luar niat ‘jahat’

- Advertisement -

BEIJING – China memberi amaran kepada Filipina sekiranya ia membuat ‘perkiraan salah’ situasi semasa maritim sama ada dengan cara tersendiri atau bersekongkol dengan kuasa luar yang ‘berniat jahat’, negara itu akan mempertahankan haknya dan bertindak balas dengan tegas.

Menteri Luar China, Wang Yi membuat kenyataan itu ketika berhubung menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Filipina semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Luar China merujuk kepada ketegangan yang berlaku di Laut China Selatan, lapor AFP.

Wang berkata, kedua-dua negara perlu membincangkan sebarang pertikaian sebagai negara jiran dengan tugas paling mendesak ialah menguruskan situasi maritim semasa.

Katanya, kesukaran serius dalam hubungan dua hala itu disebabkan Filipina mengubah pendirian dasar dan mengingkari komitmennya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Filipina untuk ‘kembali ke jalan yang betul’ secepat mungkin.

Untuk rekod, China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan untuk lebih AS$3 trilion perdagangan bawaan kapal tahunan termasuk bahagian yang dituntut oleh Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Brunei.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat