Zahari dilantik Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang baru ganti Ahmad Fadil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Serah Terima Tugas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, hari ini.

Pada majlis itu, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin telah menyerahkan tugas kepada penggantinya, Brigedier Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin.

Istana Negara dalam kenyataan pada Rabu berkata, Ahmad Fadil yang telah memikul amanah dan tanggungjawab sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara sejak bulan Januari 2019 akan berkidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), bermula Januari 2023.

“Sebelum bertugas di Istana Negara, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Poland dan Qatar.

“Hubungan rapat antara Seri Paduka Baginda dan Ahmad Fadil terjalin sejak tahun 2011 ketika beliau berkhidmat sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, UAE.

“Manakala, Zahari telah berkhidmat sebagai Panglima 4 (Mekanize) di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang sejak 5 April 2021 sebelum pelantikan beliau sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang baharu, berkuatkuasa esok, 22 Disember 2022,” katanya.

Tambahnya, Zahari juga pernah berkhidmat sebagai Juruiring Tentera Darat kepada Seri Paduka Baginda selama dua tahun, dari tahun 2019 hingga 30 Mac 2021.

Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Fadil atas jasa dan khidmat bakti beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda dan Istana Negara dalam menjalankan amanah dan tugas sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau atas pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke UAE, diiringi dengan doa semoga beliau sentiasa dilimpahi kecemerlangan yang berterusan.

“Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Zahari atas pelantikan beliau untuk berkhidmat dan memikul amanah serta tanggungjawab sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang baru,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat