Tragedi Batang Kali: Runtuhan Berlaku Di Tanah Kerajaan – Pemilik Tapak Khemah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengendali Father’s Organic Farm, Frankie Tan, menegaskan beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab, walaupun kejadian tanah runtuh dalam Tragedi Batang Kali yang mengorbankan 26 mangsa setakat ini, sebenarnya berlaku di luar ladang diusahakannya.

Dalam sidang media pertamanya sejak kejadian menyayat hati itu, beliau meluahkan rasa sedih yang mendalam terhadap mangsa dan waris mereka, sambil menambah bahawa beliau bersedia untuk membantu dengan apa jua cara.

Mengenai tragedi Batang Kali itu, beliau memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan lari.

“Sebagai pengendali tapak perkhemahan, kami ingin menyatakan bahawa kami tidak akan bertanggungjawab,” katanya sebelum menyambung bahawa tanah runtuh itu tidak berlaku di tapak perkhemahan milik ladang terbabit, tetapi di tanah yang lain.

“Kawasan tanah runtuh itu adalah milik tanah kerajaan iaitu kira-kira 2 atau 3 kilometer dari tanah ladang yang kami pajak.

“Tambahan pula, tapak tanah runtuh adalah hutan besar yang tidak pernah dibangunkan,” katanya seperti dilaporkan portal, thevocket.com.

Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat lalu itu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 26 lagi disahkan terkorban dan tujuh masih hilang.

Frankie mendakwa, sejak kejadian itu, beliau berdepan tekanan dari pelbagai pihak, termasuk keluarga mangsa yang menyalahkan beliau di atas kejadian yang berlaku.

“Selepas kejadian itu, beberapa mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mengutuk saya di tempat kejadian (tanah runtuh).

“Saya faham dan apa yang boleh saya lakukan ialah menundukkan kepala dan membiarkan mereka melepaskan diri,” katanya.

Untuk rekod, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada September lalu menyenaraikan kawasan tanah runtuh yang terjadi di Batang Kali sebagai lokasi kritikal.

Bagaimanapun, Frankie berkata, beliau tidak pernah menerima apa-apa surat atau sebarang maklumat mengenai senarai terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat