Hadi Layang Surat Terbuka Kepada Jemaah Haji Dan Umrah Tak Mengundi, Punca DAP Berkuasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS melayangkan surat terbuka kepada jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi sehinggakan pemerintahan Islam tidak dapat dilaksanakan.

Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa di tanah air kita dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri untuk pulang mengundi.

“Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus sekali gus menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah dan sebagainya.

“Keadaan ini dibimbangkan mereka itu melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah,” kata Ahli Parlimen Marang itu dalam catatan Minda Presiden PAS pada Rabu.

Tegas Hadi lagi, jika tugas mengundi sebagai salah satu cara yang damai pun tidak ditunaikan kewajipannya bagi memenangkan dan mempertahankan Islam serta bukannya terpaksa berperang, maka akibatnya adalah lebih besar dan lebih parah.

“Syabas kepada anak muda yang tampil ke depan walaupun ada yang jahil agama, masih mentah umurnya, namun mereka mendapat hidayah Allah, matang akalnya, sayangkan agama dan bangsa,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat