Muhyiddin tak pernah tempah Mercedes S600 seperti didakwa- bekas Ketua Setiausaha Sulit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya menggunakan kereta peribadinya yang sama sejak menjadi pembangkang, semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, sewaktu menjadi Perdana Menteri kelapan dan sehingga sekarang.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak menggunakan kereta rasmi kerajaan.

“PM-10 (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Dewan Rakyat semalam berkata Muhyiddin memesan sebuah kereta rasmi tetapi tidak diteruskan oleh PM-9 (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan dibatalkan oleh PM-10.

“Saya agak beliau merujuk kepada kereta Mercedes S600 itu. Sebagai Perdana Menteri pada masa itu, Muhyiddin diberikan dua pilihan kereta rasmi iaitu MPV Lexus dan Mercedes S600. Harga kedua-duanya terlalu mahal dan minit terakhir Muhyiddin kepada Jabatan Perdana Menteri ialah supaya harganya dikaji dan dirunding semula. Kelulusan akhir perlu dibuat oleh Kementerian Kewangan.

“Saya kembalikan minit tersebut kepada pegawai dan ia terhenti setakat itu sahaja. Sehinggalah Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021, kereta Mercedes itu tidak pernah ditempah atau dibeli oleh kerajaan,” jelas Marzuki dalam kenyataannya pada Rabu.

Susulan itu, beliau percaya kenyataan Anwar bahawa Muhyiddin telah memesan kereta tersebut adalah terkhilaf.

“Muhyiddin menggunakan kereta peribadinya yang sama sejak berada di dalam pembangkang, semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, semasa menjadi Perdana Menteri dan sehinggalah sekarang.

“Beliau tidak menggunakan kereta rasmi kerajaan,” tegasnya.

November lalu, Anwar memaklumkan telah membatalkan pembelian Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri untuk kegunaan rasmi dan katanya tempahan dibuat oleh Perdana Menteri terdahulu tanpa menamakan siapa yang dimaksudkannya.

Model S600 dikategorikan sebagai salon paling mewah Mercedes-Maybach. Harganya bermula kira-kira RM1.35 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat