Lantikan Pengerusi FELCRA ditangguh, PM perhalusi kaedah lantikan politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelantikan semula Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi FELCRA ditangguh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memperhalusi kaedah lantikan politik dalam badan pengurusan.

Anwar menegaskan,penangguhan lantikan Pengerusi FELCRA itu telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mengenai FELCRA memang sudah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan ditangguhkan cuma ada kekeliruan.

“Saya tidak pernah menyatakan bahawa tidak boleh mana-mana orang yang terlibat politik itu menjadi pengurusan tetapi dia mesti terikat dengan syarat-syarat dan mesti ada kelayakan dalam bidang berkenaan.

“Itu saya nak jelaskan ada kemungkinan dalam beberapa tokoh politik atau ahli Parlimen yang ditugaskan tetapi kita menetapkan kaedah tentang tahap keupayaan profesional dia dan soal prestasi sebelumnya dan pematuhan kepada peraturan tatakelola yang ditetapkan,” tegas Anwar dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Anwar diharap kekal dengan prinsipnya untuk tidak melantik orang politik dalam syarikat milik kerajaan.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, berkata Anwar perlu menggunakan peluang sebagai ketua kerajaan sebaiknya dan menentang isu yang melanggar prinsipnya.

Jais berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Zahid yang membuat pelantikan semula Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi FELCRA.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat