MPN dibatalkan, tiada keperluan lagi – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pemulihan Negara (MPN) sah dibatalkan kerana tiada lagi keperluan fungsi itu ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, MPN dibatalkan kerana fungsi majlis itu sudah tidak diperlukan lagi malah wujud pertindihan tanggungjawab.

“Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan
Itu pun satu pertindihan juga.

“Jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” maklum Anwar pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Pada Julai 2021 MPN ditubuhkan sebagai sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Anwar juga memberitahu, kerajaan kini sedang giat meneliti pertindihan fungsi agensi-agensi bagi mengurangkan kos tatakelola kerajaan.

“Itu ada cadangan yang kita teliti kerana banyak badan berlaku pertindihan kalau bidang itu boleh dikendalikan oleh SPRM atau PDRM itu kita nak kurangkan kerana setiap agensi yang bertindih itu akan menanggung kos yang tinggi.

“Yang penting pusat governans itu, prinsipnya itu diterima tapi tidak boleh terlalu banyak.

“Seperti mana yang saya lakukan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN). Malaah tugas Perdana Menteri pun banyak yang saya telah lepaskan supaya dipertanggunjawab kepada Timbalan-timbalan Perdana Menteri, tapi kalau boleh digabungkan, digabungkan,” jelas beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat