Kos Pembinaan ECRL Berjaya Dijimatkan Sebanyak RM11.01 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya menjimatkan kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur sepanjang 665 kilometer sebanyak RM11.01 bilion berbanding jumlah keseluruhan sebanyak RM85.97 bilion yang ditetapkan pada 2016.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan menjimatkan kos pembinaan itu dicapai menerusi rundingan cekap dilaksanakan Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya sebelum ini.

“Kita putuskan walaupun ada permohonan penambahan kos kerana laluan baharu, tetapi kalau kita lihat kos keseluruhan ECRL itu lebih rendah RM11.01 bilion berbanding kos keseluruhan asal sebanyak RM85.97 bilion pada tahun 2016.

“Walaupun ada sedikit penambahan kerana pembiayaan tambahan bagi menampung penjajaran semula projek ECRL yang kita luluskan, tetapi ini sebabkan keseluruhan kos itu diturunkan sebanyak RM11.01 bilion,” katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet pada Rabu

Pada 6 Disember lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan Persekutuan baru akan meneruskan projek itu walaupun terdapat perubahan pentadbiran selepas pilihan raya umum 19 November.

Rangkaian rel sepanjang 665km itu, yang merangkumi 59 terowong, akan merentasi empat negeri – Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat