Tun M dah sihat, discaj dari IJN beberapa hari lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad akan discaj dari Institut Jantung Negara (IJN) setelah selesai menjalani rawatan.

IJN dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan negarawan itu telah selesai menjalani pemeriksaan dan rawatan jantung.

“Pasukan doktor yang merawat Tun Dr Mahathir berpuas hati dengan hasil rawatan yang dilakukan sejak beberapa hari lalu sejak beliau dimasukkan ke IJN pada 16 Disember.

“Susulan daripada rawatan itu, Tun Dr Mahathir bersedia untuk discaj dari IJN beberapa hari lagi,” kata IJN.

Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah Mohamed Ali mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat