Setakat ini Selangor rekod 17 kematian akibat banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – 17 kematian direkodkan di tiga daerah sehingga jam 8 pagi tadi akibat banjir yang melanda Selangor sejak Jumaat lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, 10 kematian direkodkan di Klang; tiga di Hulu Langat dan empat di Sepang.

Katanya, punca sebenar kematian mangsa sedang dikenal pasti.

Keadaan banjir di Lembah Klang terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan utama ditutup.

Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai tidak bersedia dan terperangkap di kediaman atau di dalam kenderaan di jalan utama dinaiki air.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat