NADMA fungsinya urus bencana, Shabery ‘bingung’ menteri kata tugas bagi pampasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek ‘bingung’ Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak diberi tugas dan tanggungjawab menguruskan banjir seperti tujuan asal penubuhannya.

Beliau yang juga bekas menteri berharap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, Nadma hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri adalah tersalah petik.

“Saya harap kenyataan ini tidak betul dan disalah petik.

“Setahu saya Nadma ditubuhkan selepas banjir besar 2014, mengambil alih peranan MKN (Majlis Keselamatan Negara) dalam pengurusan bencana.

“Ada model seperti FEMA di AS yang khusus dalam membuat persiapan awal, membina tahap kesiapsiagaan rakyat, memberi amaran awal, membuat koordinasi dengan pelbagai agensi lain apabila kerahan diperlukan.

“Nama Nadma pun National Disaster Management Agency sudah membayangkan tugasnya,” tulis Ahmad Shabery dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Pada 15 Disember, satu portal berita melaporkan Abdul Latiff berkata, Nadma hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.

Katanya, Nadma juga tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.

“Saya minta wakil rakyat jangan meletakkan sepenuhnya kepada Nadma. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.

“Kalau hal ehwal yang berkaitan dengan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak ini (kerajaan negeri dan kerajaan tempatan), jangan bulat-bulat serahkan kepada Nadma di peringkat pusat,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri memaklumkan Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana telah membuat keputusan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan pengarahan kepada semua pihak berhubung tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dengan segera berkaitan bencana.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat