‘Pasangan ideal’

- Advertisement -

Desktop kelas prestasi dan skrin paparan ultra lebar dengan keupayaan skrin resolusi 1440p bersama talaan kadar segar semula 165Hz.

Itu sememangnya impian seorang ‘gamers’ kerana skrin paparan ultra lebar ini memberikan pengalaman yang lebih baik berbanding skrin saiz biasa atau konvensional yang digunakan selama ini.

Skrin ultra lebar ini memberikan sudut pandang lebih luas kepada pengguna jadi poin X ke Y akan lebih jauh serta meningkatkan pengalaman permainan atau istilah ‘immersive gameplay’.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan dua produk daripada jenama permainan premium iaitu MSI menerusi set desktop kelas permainan mereka iaitu MPG Trident AS yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core Generasi Ke-11 bersama-sama skrin 34 inci siri MPG Artymis 343CQR.

Menyentuh set desktop MPG Trident berkenaan, ia dikusakan dengan pemproses Intel Core i7-11700 bersama-sama padanan memori (RAM) 16GB dengan frekuensi bacaan 3200MHz yang boleh dipadankan sehingga 64GB.

 

PADANAN set desktop MPG Trident AS serta skrin paparan Artymis 343CQR memberi pengalaman baharu pengguna.
PADANAN set desktop MPG Trident AS serta skrin paparan Artymis 343CQR memberi pengalaman baharu pengguna.

 

Kad grafik pula menggunakan Nvidia GeForce RTX3060 bersama storan 1TB dan sesuai dengan kelas permainan, ia dilengkapi dengan pelbagai sokongan sambungan.

Set desktop ini adalah sangat ideal untuk dipadankan bersama skrin paparan MSI MPG Artymis 343CQR resolusi 1440p dengan kuasa panel VA bersama-sama dengan HDR 400.

Skrin paparan ini menawarkan pengalaman permainan lebih baik apabila ia mempunyai lengkungan 1000R yang sangat sesuai untuk semua jenis permainan seperti aksi pantas penembak pandang pertama (FPS), RPG dan genre dunia terbuka.

 

SET berkenaan bukan saja untuk kelas permainan namun boleh digunakan sebagai penyedia kandungan.
SET berkenaan bukan saja untuk kelas permainan namun boleh digunakan sebagai penyedia kandungan.

 

Malah, padanan set desktop Trident AS bersama Artymis ini bukan saja sangat ideal untuk pengalaman permainan sebaliknya bersesuaian untuk tugasan suntingan video memandangkan skrin yang lebar bersaiz 34 inci.

Bagi penyedia kandungan, pastinya sudut penglihatan yang luas akan memudahkan urusan suntingan dilaksanakan kerana setiap maklumat dalam perisian dapat dipaparkan dengan jelas.

Jika menyentuh aspek keseluruhan padanan ini, penulis berpandangan bahawa ia adalah ‘pasangan yang paling ideal’ kerana kedua-dua produk berkenaan memiliki keupayaan kelas prestasi serta permainan.

Persepsi yang menyatakan bahawa skrin panel VA tidak sebaik panel IPS juga harus dikikis kerana skrin MPG Artymis 343CQR ini memiliki tona warna yang sangat baik malah ia adalah panel VA yang dipertingkatkan.

Secara khususnya, desktop Trident AS bersama skrin Artymis ini mampu memberikan satu sisi baharu kepada pengguna hasil daripada penawaran sudut ultra lebar yang sangat mengagumkan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat