Boss Mydin ‘Halalkan’ Pecah Masuk Di Sri Muda, Curi Kerana Darurat Demi Kelangsungan Hidup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin seikhlas hati menghalalkan mereka yang melakukan pecah masuk premis Mydin Mart di Sri Muda, Shah Alam.

“Dengan seikhlas hatu,saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut (pecah masuk kedai) dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang lambat tiba dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ameer Ali mengakui tersentuh dan simpati dengan insiden bencana teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19.

Menurut beliau, cawangan Mydin Mart, Sri Muda juga musnah akibat banjir 18 Disember baru-baru ini dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.

“Saya turut ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart tersebut yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup,” kata Ameer Ali.

Pun begitu, beliau dengan lapang dada mendoakan agar mereka semua terselamat dan bencan banjir serta pandemik ini pulih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat