Ismail Sabri tinjau banjir, tanah runtuh di Negeri Sembilan, Pahang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meninjau kawasan tanah runtuh di Bukit Tangga,Jelebu.

Beliau menegaskan kerajaan mahu kerja-kerja pembaikan tanah runtuh di Bukit Tangga dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan akses jalan dapat dihubungkan semula antara Seremban-Jelebu.

“Jalan utama ini digunakan oleh ramai rakyat untuk ke bandar utama. Kita tidak mahu aktiviti harian rakyat tersekat.Buat masa ini kerja-kerja baik puligh sedang giat dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Selain itu, saya juga dimaklumkan talian telefon dan juga internet akibat pokok tumbang dan tanah runtuh kelmarin.

“Pihak berkaitan sedang berusaha memulihkan semula keadaan supaya talian telefon dan internet untuk penduduk sekitar Jelebu kembali berfungsi segera,” katanya di media sosial pada Selasa.

Ismail Sabri juga memaklumkan, hari ini beliau seharian berada di sekitar Negeri Sembilan dan Pahang bagi gerak kerja mangsa-mangsa banjir dan segala proses berkaitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat