Infinity Vibes Fest 2025: Festival Gaya Hidup Bebas Alkohol yang Mengubah Cara Generasi Muda Berhibur

Kuala Lumpur — Di saat industri hiburan tempatan semakin dipenuhi festival muzik berskala besar, sebuah acara baharu tampil membawa identiti berbeza. Infinity Vibes Fest 2025 yang akan berlangsung pada 13 Disember 2025 di Dataran MAEPS, Serdang, hadir dengan misi membina budaya hiburan yang lebih sihat, inklusif dan bebas alkohol. Penganjurnya, Infinity Love Creative Ventures, menekankan bahawa festival ini bukan sekadar program harian, tetapi platform komuniti yang menyatukan minat popular masa kini seperti larian, kopi, pencuci mulut dan muzik urban.

Menurut penganjur, Shasha Samsudin bersama Creative Show Director En Fidote, idea festival ini lahir daripada keinginan mencipta alternatif hiburan yang tetap meriah dan moden tanpa kebergantungan kepada alkohol. Mereka menyasarkan sebuah pengalaman harian yang memfokuskan interaksi antara komuniti, gaya hidup seimbang dan kreativiti anak muda. Konsep sehari penuh dipilih bagi memastikan pengunjung dapat menikmati semua elemen tanpa gangguan atau komitmen berpanjangan, selain memudahkan pengurusan logistik.

Festival ini turut memperkenalkan beberapa elemen yang belum pernah dilaksanakan di Malaysia, antaranya konsep R&B dan Hip-Hop Picnic yang menggabungkan muzik urban dengan suasana berkelah santai. Pengunjung boleh menikmati muzik daripada DJ tempatan sambil berehat, bersantai dan berkumpul bersama rakan-rakan. Penganjur melihat ia sebagai ruang segar bagi generasi muda yang sering mencari aktiviti hujung minggu yang lebih tenang tetapi tetap beridentiti urban.

Selain muzik, Infinity Vibes Fest 2025 memberi perhatian besar kepada dunia kulinari moden. Segmen Coffee, Dessert & Culinary Lifestyle menghimpunkan barisan usahawan kecil, artisan kopi, pengusaha bakeri dan pembuat pencuci mulut yang semakin mendapat tempat dalam pasaran tempatan. Ia bukan hanya ruang komersial, tetapi juga platform pendedahan kepada bakat-bakat kecil yang ingin berkembang dalam ekosistem kulinari moden.

Pada waktu pagi, festival dimulakan dengan Coffee & Dessert Run. Larian santai sejauh 5 kilometer ini dicipta sebagai aktiviti gaya hidup yang lebih sosial dan ringan. Kategori Fun Walk 3 kilometer pula telah habis dijual lebih awal, membuktikan sambutan hangat terhadap konsep gabungan larian dan kulinari. Pempengaruh terkenal Leha Ohsem yang sinonim dengan siri “Bila Nak Mula” turut menyertai acara ini bagi memeriahkan suasana.

Selepas itu, festival diteruskan sepanjang hari dengan Food Fest yang menawarkan pelbagai menu kopi, dessert dan kudapan. Menjelang petang, pengunjung boleh menikmati R&B & Hip-Hop Picnic sebelum malam diteruskan dengan Local DJ Night yang menampilkan barisan DJ tempatan seperti DJ MIA, DJ DEVO WAYNE, DJ ALIPH, DJ ASAP, DJ ALIPP, DJ FAZZ dan DJ SYAZA. Turut membuat penampilan ialah DJ LOLLIPOP, pemegang rekod DJ termuda Malaysia.

Infinity Vibes Fest 2025 turut menerima sokongan pelbagai jenama seperti Kopi Dua Darjat, F&N (100PLUS), Park Inn Hotel by Radisson dan MAEPS Serdang. Pelbagai hadiah menarik seperti jam tangan Roerdum, baucar bilik hotel Park Inn, Smart TV dan hamper turut ditawarkan melalui cabutan bertuah bagi pengunjung dan usahawan.

Dengan sasaran kehadiran antara 3,000 hingga 10,000 pengunjung, penganjur berharap festival ini berkembang sebagai acara tahunan yang menjadi pilihan utama penggemar kopi, pencuci mulut, muzik urban dan aktiviti larian. Shasha Samsudin menyatakan harapan agar Infinity Vibes Fest menjadi gerakan komuniti gaya hidup moden yang positif dan terus menyokong pengusaha kecil tempatan.

Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi www.infinityvibesfest.com atau menghubungi talian hotline +6011-3300 0017.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat