Akui PN berantakan di Pusat tapi orang Sabah masih kenang jasa Abah – Tun Faisal

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengakui meski suasana Perikatan Nasional (PN) terutamanya Bersatu agak berantakan di peringkat Pusat namun gelora itu tidak sampai ke negeri Sabah.

Bukan cuma itu, Tun Faisal juga memberitahu ada beza apabila memasuki pilihan raya sebagai pembangkang dengan tekanan dan cabaran yang terpaksa didepani.

“Betul lah dulu kita masuk (pilihan raya) sebagai kerajaan, keadaan lebih selesa dengan jentera lebih ramai. (Sekarang) masuk sebagai pembangkang dengan akaun disekat dan macam-macam tekanan memang ada cabaran yang kita terpaksa hadapi.

“Kali ini kita masuk pilihan raya ada isu-isu dalaman yang kita kena selesaikan cuma isu itu disebabkan oleh kelompok yang kecil… jadi kita tengah uruskan sekarang ini dan setakat ini saya nampak keadaan agak tenang jadi tak ada nampak impak sampai ke negeri Sabah, mungkin tak nampak lagi.

“Tapi kalau kita turun ke bawah imej Tan Sri Muhyiddin Yassin itu masih ada, saya turun (berkempen) bila orang tengok vest Perikatan Nasional orang cakap ini parti Abah. Maksudnya orang Sabah masih ingat jasa dan apa yang dilakukan oleh kerajaan PN waktu zaman pandemik bantuan dan sebagainya. Jadi saya nampak kekuatan itu masih ada,” katanya dalam audio siar Jam Kesebelas.

Dalam pada itu Tun Faisal juga tidak segan mengakui gerak kerja PN lebih lambat berbanding parti-parti lain.

“Ya memang nampak macam kita agak lambat sikit berbanding parti lain.

“Jadi boleh saya katakan mungkin disebabkan kita masuk kali ini dalam keadaan kita pembangkang bukan atas faktor lain,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat