Zahid Sahkan 26 MP Sokong Keputusan Dewan Tertinggi BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, 26 ahli parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.
Bagaimanapun, beliau berkata, dua daripadanya tidak dapat menghadiri perjumpaan yang diadakan di Hotel Seri Pacific di sini kerana tidak sihat.

Dua Ahli Parlimen tersebut difahamkan dari Parlimen Jelebu dan Kuala Pilah.

“Kami putuskan ketetapan dan arahan yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN adalah arahan besar yang wajib diikuti semua Ahli Parlimen kerana kita semua bertanding atas tiket BN.

“Mana-mana individu selaku ahli parlimen BN yang menandatangani sebarang dokumen untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai calon PM adalah tidak sah kerana ia melanggar ketetapan parti dan akuan bersumpah yang ditandatangan setiap calon BN,” katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific, hari ini.

Selain itu, Pengerusi BN itu juga berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memohon anjakan masa bagi mengadakan perbincangan dan rundingan bersama pihak yang akan membentuk kerajaan.

Tanpa menamakan sesiapa, Zahid juga memaklumkan BN telah membentuk Jawatankuasa Perundingan bagi berbincang dengan mana-mana gabungan parti yang mahu menjadi kerajaan.

“Kami ahli-ahli Parlimen BN telah secara sepakat akan menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Speaker mengikut tempoh yang ditentukan.

” Kita juga harap speaker Dewan Rakyat boleh majukan sikit jangka waktu pada waktu lebih fleksibel untuk kami kemukakan nama,” katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific di ibu negara hari ini.

Selain itu, Zahid juga menegaskan, sebarang rundingan hanya akan dilakukan oleh Jawatankuasa Perundingan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan Dewan Tertinggi BN.

Zahid berkata, ia sekaligus menafikan dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa mempunyai jumlah kerusi yang cukup termasuk dari BN untuk membentuk kerajaan.

“Kita telah mengambil ketetapan bahawa ahli parlimen BN akan mengikut ketetapan Dewan Tertinggi BN dan hanya Dewan Tertinggi BN yang akan membuat keputusan untuk membentuk dengan mana-mana gabungan parti politik bagi membentuk kerajaan baru berdasarkan kepada Jawatankuasa Perundingan yang telah dibentuk.

“Dalam hal ini, mana-mana kenyataan yang dikeluarkan mengatakan bahawa BN telah menyertai mana-mana gabungan adalah tidak benar.

” Ini kerana tiada perbincangan terutamanya daripada pihak PN, kononnya kami bersama mereka.

“Dalam hal ini segala keputusan hanya dibuat setelah Jawatankuasa Perundingan bertemu mana-mana pihak yang mahu membentuk kerajaan dan Dewan Tertinggi BN akan memutuskan secara rasmi semua maklum balas daripada jawatankuasa itu,” katanya lagi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat