‘Saya Rela Dipecat’ – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung Barisan Nasional Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan beliau rela dipecat dari parti.

Tegasnya lagi, beliau tidak rela bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

”Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan,

”Saya rela dipecat dari parti dan tidak akan mengubah pendirian teguh ni.” kata Hishammuddin menerusi Facebooknya, pada Isnin.

Tegas Hishammuddin lagi, No Anwar No Dap – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan.

Terdahulu awal pagi ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan di ibu negara pagi ini.

Antara pimpinan yang dilihat masuk ke Hotel Seri Pacific ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung PH, Datuk Saifuddin Nasution turut dilihat memasuki lobi hotel berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat