BN gabung PH, hanya boleh diputuskan MT BN – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Biro Politik Umno tidak ada hak untuk menentukan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Hal ini tegas, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana semua calon bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) maka hanya Majlis Tertinggi BN yang boleh membuat keputusan berhubung gabungan antara PH dan BN
untuk membentuk kerajaan.

Sebagai Naib Presiden Umno yang juga Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri menegaskan sebarang ketetapan hanya boleh diputuskan oleh Majlis Tertinggi BN bukannya Umno.

Presiden Umno sendiri pun, katanya tiada kuasa untuk membuat keputusan berhubung kerajaan gabungan itu.

“Presiden tiada hak, kerana semua (ahli Parlimen BN) bertanding atas tiket Barisan Nasional.

“Malah Biro Politik Umno sendiri tiada hak untuk buat keputusan, hanya Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang mempunyai kuasa untuk buat keputusan.

“Jadi, biar parti yang buat keputusan berhubung itu,” katanya ketika ditemui media di Hotel Sri Pacific untuk pertemuan dengan pimpinan PH.

Ismail Sabri juga memberitahu kehadiran beliau atas jemputan kepada ahli Parlimen dari Pahang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat