Zahid, Ismail Sabri Hadir Pertemuan BN-PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan di ibu negara pagi ini.

Antara pimpinan yang dilihat masuk ke Hotel Seri Pacific ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung PH, Datuk Saifuddin Nasution turut dilihat memasuki lobi hotel berkenaan.

Rata-rata pimpinan mengunci mulut mereka ketika diajukan pertanyaan tujuan kedua-dua parti itu berkumpul.

Ismail Sabri ketika ditanya sama ada beliau akan menyokong PH dan Anwar hanya memberitahu segala keputusan akan ditentukan parti.

“Parti akan buat keputusan,” jawabnya ringkas.

Mohamad Sabu pula ketika ditanya tentang pertemuan hari ini hanya berkata: “semuanya tanya Anwar, semua tanya Anwar”.

Semalam, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada PRU-15, memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, hari ini.

PRU-15 pada Sabtu menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas yang menang.

Majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan adalah 112 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat