PN Lantik Tuan Ibrahim Ketuai Rundingan Bentuk Kerajaan Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) melantik Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden Pas untuk mengetuai rundingan pembentukan Kerajaan Pahang.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, PN negeri akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri seberapa segera.

“Dalam hal ini, Majlis Tertinggi PN melantik Datuk Seri (Tuan Ibrahim) untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan Pahang.

“PN Pahang akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan Pahang seberapa segera,” kata Saifudin menerusi kenyataan media, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PN Pahang memperoleh 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang.

Berbanding Barisan Nasional (BN), parti itu hanya memperoleh 16 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh lapan kerusi pada pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada rundingan yang dilakukan tiga parti berkenaan iaitu PN, BN dan PH dalam membentuk kerajaan.

Perbincangan berkenaan boleh dilaksanakan antara PN-BN atau BN-PH.

Pada PRU-15, BN Pahang gagal mempertahankan kerajaan negeri selepas hanya mendapat 16 kerusi DUN daripada 41 kerusi berbanding memperoleh 25 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pada PRU-15, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas bertanding di Dun Cheka dalam kawasan Parlimen Lipis menang dengan majoriti 1,223 undi. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat