Polis Cari Dua Lelaki Disyaki Terlibat Kes Gaduh

- Advertisement -

SUNGAI PETANI – Polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong parti politik di Dataran Zero di sini pada Sabtu lalu.

Individu itu ialah Shahrul Haizat Abdul Rozak, 35, atau dikenali sebagai Jat Perre yang beralamat di Taman Delima di sini dan Mohd. Iedir Mohamed, 43, atau Edin dari Taman Berlian Indah.

Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, siasatan mendapati kejadian pada pukul 2.15 pagi itu tercetus disebabkan pertembungan dua kumpulan penyokong berlainan parti di tempat sama.

“Kemudian berlaku pergeselan bendera parti yang terkena pada badan salah seorang penyokong sehingga berlaku kekecohan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berita berkaitan: Tujuh kertas siasatan dibuka, enam ditahan

Menurut beliau, siasatan masih dijalan bagi mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam insiden sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 9(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Firdaus Mohd. Nasir di talian 04-4299222/012-3517317. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat