Sudah, sudahlah Tun …

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatan Perdana Menteri adalah bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim tolak Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya ia lebih kepada soal rakyat tolak Dr Mahathir yang berbelit-belit dakwa Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Thiban Subbramaniam.

Dalam kenyataannya, Thiban berkata, “sudahlah Tun, “enough is enough, enough of your damage”

“Saya terpanggil untuk mengulas sedikit coretan Facebook Tun Mahathir yang sekali lagi menyalahkan Anwar kononnya gagal untuk mendapat sokongan majoriti dan cubaan Tun Mahathir untuk membersihkan namanya dengan mendakwa bahawa beliau tiada kaitan langsung dengan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ramai percaya bahawa Tun Mahathir adalah mastermind “Langkah Sheraton” menjatuhkan Kerajaan PH bagi menggagalkan peralihan kuasa kepada Anwar seperti yang dijanjikan. Ini kerana penyusunan langkah politik beliau setelah menjadi Perdana Menteri dengan sokongan Anwar Ibrahim namun beliau terus membelakangkan keputusan parti komponen.

“(Datuk Seri) Azmin Ali konco-konconya menjadi orang penting dalam Kerajaan dan sering berusaha untuk gagalkan peralihan kuasa kepada Anwar dan ianya direstui oleh Tun (Mahathir) sendiri,” dakwa Thiban.

Beliau mengingatkan bahawa, Tun Dr Mahathir perlu sedar diri bahawa rakyat jelata sudah pun hilang kepercayaan terhadap beliau kerana sikap beliau sendiri yang berbelit – belit, tidak ikhlas dan gagal menunaikan janji.

Menurut Thiban lagi, jika manifesto itupun bukan bible apatah lagi janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim selepas enam bulan.

“Tun Mahathir kekalkan rekod sebagai pemimpin yang lidah bercabang.

“Beberapa siri audio semasa Mesyuarat PH dan Bersatu dibocorkan sebelum ini telah membuktikan apa agenda sebenar Tun dengan Pakatan Jahat. Ada sesiapa yang menafikan kesahihan audio? Rakyat bukan muda lupa,” ujarnya.

Thiban menambah, dalam coretan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir beliau sendiri mengesahkan bahawa beliau hanya dapat sokongan 66 Ahli Parlimen manakala Anwar Ibrahim telah mendapat sokongan 92 Ahli Parlimen.

Justeru, katanya siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini?

“Jika Tun Mahathir tidak dapat menyokong Anwar pada masa itu bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar Ibrahim selepas enam bulan beliau jadi PM? Ingat rakyat bodoh ke?

“Coretan Tun Mahathir yang menyerang Anwar adalah satu cubaan untuk melagakan, memecahbelahkan PH dan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin-Azmin kekal berkuasa secara senyap.

“Kita semua tahu bahawa Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah ikhlas semasa PH menjadi kerajaan. Beliau yang menyusun segala langkah untuk Muhyiddin, Azmin dan Hamzah Zainuddin menyusun langkah Sheraton. Dendam kesumat beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Anwar Ibrahim tidak pernah berubah.

“Baling batu dan sembunyikan tangan, ini politik Tun Mahathir sekarang bagi memastikan Najib dan Anwar sekali gus hilang dari politik negara tapi malangnya kita bukan berada dalam era 90an lagi untuk percaya lagi kepada segala lakonan Tun. Sekejap sokong, sekejap tidak. Sekejap ingin bersara, sekejap lagi bertekad jadi PM lagi. Rakyat sudah lama muak dengan perangai Tun,” dakwanya.

Thiban berkata, ketika Tun Mahathir menyerang Anwar secara terbuka ianya bermakna Anwar sudah meraih sokongan dan perubahan bakal berlaku dalam masa terdekat.

Jelasnya, ini masanya untuk PH dan yang lain berdiri teguh bersama Anwar.

“Dua hari lepas Tun Mahathir cuba meraih simpati bahawa ramai kawan-kawan beliau sudah tiada lagi namun beliau lupa bahawa masih ada lagi kawan-kawan tycoon yang boleh anjurkan majlis meraihkan hari jadi beliau.

“Segala jasa Tun Mahathir tidak dinafikan mahupun dilupakan namun cukup cukuplah Tun. Rakyat sudah lama tolak Tun.

“Kini masanya untuk Tun bersara dari politik dan meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan tycoon dan konco-konco Tun. Parti pun tiada, mungkin dalam Pejuang tinggal ayah dan anak sahaja pada pengakhiran nanti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat