Solidariti APEC 2020 perangi Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sidang APEC 2020 yang pertama kalinya yang diadakan secara maya itu telah bersetuju menjadikan agenda memerangi Covid-19 sebagai keutamaan di kalangan 21 negara ekonomi yang terlibat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua anggota APEC 2020 untuk bersama-sama memerangi pandemik Covid-19.

“Hari ini, ketika kita bekerjasama bersama-sama sebagai satu rantau untuk mengurangkan impak Covid-19, APEC telah menjadi semakin relevan.

“Kita perlu bersatu memerangi Covid-19, dan oleh itu amat penting bagi penduduk di seluruh dunia mendapat akses kepada vaksin dan teknologi kesihatan secara sama rata dan pada kos berpatutan,”katanya.

Pemimpin negara anggota APEC mengakhiri mesyuarat APEC 2020 ke-27, dengan mengisytiharkan persetujuan menerima pakai Wawasan Putrajaya 2040 sebagai visi baharu, yang bakal menentukan hala tuju masa depan rantau ini.

Wawasan Putrajaya 2040 bermatlamat mewujudkan komuniti Asia Pasifik yang aman, terbuka, dinamik dan berdaya tahan menjelang 2040, demi kesejahteraan rakyat dan generasi masa depan semua negara anggota.

Menerusi wawasan itu, negara anggota akan memastikan Asia Pasifik terus menjadi rantau ekonomi yang dinamik dan terkemuka dalam segmen perdagangan dan pelaburan, selain meneruskan Matlamat Bogor dalam mengintegrasi ekonomi di rantau berkenaan.

Selain itu, banyak kerjasama lain berkaitan bidang kesihatan turut dimeterai bersama dalam sidang APEC 2020.

“Antara bahagian kerjasama termasuklah penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran, pembuatan dan pengedaran ujian diagnostik, produk dan perkhidmatan perubatan penting, terapi dan vaksin,” katanya.

Deklarasi Kuala Lumpur 2020 dikeluarkan selepas mesyuarat secara maya itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang hadir turut terlibat dalam perbincangan mesyuarat APEC 2020 tersebut.

Secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI kerana kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik APEC 2020 di Kuala Lumpur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat