1,041 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, Selangor Catat Jangkitan Tertinggi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,041 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dengan Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan terus menyumbangkan angka tertinggi, hari ini.

Selangor mendahului dengan 402 kes yang meliputi 38.6 peratus daripada jumlah itu, diikuti Sabah 346 kes (33.2 peratus) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu di Malaysia kini mencecah 53,679 kes dengan 12,854 kes aktif.

“Pelaporan kes positif yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan jangkitan dalam Kluster Teratai, iaitu sebanyak 298 kes (74.1 peratus),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 1,405 pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif sebanyak 40,493 kes (75.4 peratus). – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat