Fungsi BNM Bukan Cetak Duit Seperti Santa Claus Beri Gula-Gula, Kata Mohd Sherrif

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd. Sherrif Mohd. Kassim menempelak Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan cadangannya kepada Bank Negara Malaysia (BNM) supaya mencetak lebih banyak wang.

Mohd Sherrif turut menyifatkan cadangan Ketua Armada (Pemuda) Bersatu itu sama seperti meminta ‘permaidani ajaib Aladdin’.

Menurut Mohd Sheriff, bank pusat seperti BNM tidak boleh sewenang-wenangnya mencetak wang kertas bagi menghadapi krisis atau untuk meningkatkan kecairan dalam ekonomi negara.

“BNM tidak akan berbuat begitu kerana bukan itu fungsi bank pusat

“Bank pusat di seluruh dunia, seperti juga BNM, tidak memberi wang kepada kerajaan untuk diagihkan seperti cadangan timbalan menteri itu.

“Tiada bank pusat yang mencetak wang seperti Santa Claus memberi gula-gula kepada kanak-kanak semasa Krismas, melainkan di ‘banana republic’,” katanya, dipetik dari laporan SuaraMerdeka.

Sebaliknya kata Mohd Sherrif, cetakan duit oleh BNM hanya akan dibuat untuk membeli hutang dalam bentuk bon yang dikeluarkan oleh kerajaan dan juga sektor swasta.

Isnin lalu, Wan Fayhsal yang juga adalah Timbalan Menteri Beliau dan Sukan dalam temubual dengan Radio BFM pada Isnin lalu dilaporkan menyarankan BNM melaksanakan dasar kewangan ‘wang helikopter’ dengan mencetak lebih banyak wang untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Bagaimanapun, cadangan Ketua Pemuda Bersatu itu dikritik ramai kerana tindakan mencetak lebih banyak wang bermakna mengundang berlakunya inflasi yang lebih tinggi dan akan merendahkan lagi nilai mata wang Ringgit Malaysia.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat