Ipoh bergegar: Tiada latihan letupan PGA atau kuari, polis siasat punca gegaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Perak sedang menyiasat insiden mengenai bunyi letupan dan gegaran di Ipoh perak pada pagi Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di daerah Ipoh sekitar jam 11.06 pagi Isnin.

Menurut beliau, hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.

“Selain itu, semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum jam 12 tengah hari.

“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mendapati tidak terkesan sebarang aktiviti seismik di Daerah Ipoj susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada 11.24 pagi tadi,” jelas Azizi dalam kenyataan media.

Justeru beliau memaklumkan, polis sedang menyiasat insiden ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pusat kawalan Kontinjen Perak di talian 05- 2451119 atau 05-2451073.

“Orang ramai juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi tadi dengan disusuli bunyi seakan dentuman kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk bandar raya berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat