Rafizi Kini Stabil – Menteri Kesihatan

- Advertisement -

IPOH: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam keadaan stabil selepas menghidap penyakit jantung baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pandan itu dilaporkan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung.

Difahamkan juga, Rafizi berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.

“Alhamdulillah, dua hari lalu saya dimaklumkan beliau semakin sihat dan insya-Allah tidak lama lagi beliau dapat melaksanakan tugasnya.

“Kita doakan yang terbaik untuk beliau,” jawabnya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah, hari ini – Bulletin TV3

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat