UMNO Nafi Zahid Tak Bertanding PRU-15

- Advertisement -

CYBERJAYA – UMNO menafikan laporan media bahawa Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, tiada sebarang kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh Ahmad Zahid, malah menyifatkannya sebagai propaganda politik.

“Saya tidak pernah dengar dan tiada kenyataan rasmi dari Presiden UMNO, saya anggap hanya propaganda politik,” katanya lapor UMNO Online.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Ahmad Zahid tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu.

Sinar Harian difahamkan tempat Ahmad Zahid akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurulhidayah atau pun orang kanannya sendiri.

Menurut laporan itu, pemimpin berusia 69 tahun itu membuat keputusan besar tersebut sebagai satu pengorbanan agar nama dan isu yang menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan.

Akhbar itu juga melaporkan langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh Umno-Umno bahagian kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN menang PRU15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat