PRU-15: Peja Umum Akan Pertahankan Parlimen Tambun

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Ahmad Faizal berkata, sebagai anak jati Tambun, menjadi tanggungjawabnya untuk terus kekal berkhidmat di kawasan parlimen itu.

“Atas prinsip dan semangat demokrasi, saya mengalu-alukan mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

“Mudah-mudahan, kempen pilihan raya kali ini berjalan dengan telus dan adil sekaligus memberi manfaat buat para pengundi di Tambun serta seluruh rakyat Malaysia,” kata menteri belia dan sukan itu dalam kenyataan medianya hari ini.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bertanding di Parlimen Tambun.

Anwar yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Port Dickson memberitahu, beliau memilih kawasan yang bukannya mudah untuk mendapatkan majoriti besar, selain rasa bertanggungjawab untuk melonjakkan gerakan PH di negeri-negeri utara.

Pada PRU-14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat