Sharifah Sakinah berpisah?

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah memberi bayangan rumah tangga dibina bersama jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen sudah berakhir.

Kapsyen dimuat naik Sakinah dalam Instagram mencetuskan tanda-tanya.

“Kami mempunyai pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi berbeza.

“Disebabkan itu, kami tidak lagi mampu menjadi pasangan. Tamat,” tulis pemilik nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu.

Mengiringi keterangan gambar adalah foto Sakinah bersama suami yang juga jurulatih kecergasan. Sakinah juga dilihat menutup ruangan komen pada hantaran berkenaan.

Sementara itu, menerusi mesej suara yang dikirimkan kepada BH Online, Sakinah mohon maaf tidak dapat menjawab panggilan untuk memberi penjelasan berhubung perkongsiannya itu.

“Hari ini, saya sibuk kerana ada sesi fotografi diikuti penggambaran drama Kampung People 3. Ramai media menghubungi saya, tetapi saya tak dapat menjawabnya. Saya minta maaf,” katanya.

Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael Hansen.

Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan butiran pernikahan.

Sebelum ini, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat