Beto ok je

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Beto Kusyairy menerima baik keputusan syarikat produksi, Studio Kembara tidak menawarkan watak untuknya dalam filem prekuel Mat Kilau.

Beto berkata, dia tidak ada hak untuk menentukan siapa yang akan terbabit dalam karya epik itu.

“Semuanya adalah keputusan dan aturan pihak penerbit. Saya tak hak atau kuasa untuk tentukan terbabit atau tidak. Keputusan itu bukan di tangan pelakon. Kita terima pun atas tawaran, tapi sebab tak ada tawaran apa yang boleh kita lakukan.

“Jadi, saya pun tak ada apa. Saya dah ‘move on’ dan mengambil pendekatan untuk fokus dengan projek lain.

“Saya bersikap profesional tidak kira sama ada menerima tawaran atau tidak. Watak sesuai atau tidak, apa-apa pun hidup perlu diteruskan.

“Kalau ada tawaran pun, bergantung kepada skrip. Saya kena tengok macam mana,” katanya.

Terdahulu, penerbit Studio Kembara,  Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Datuk Adi Putra dan Beto tidak akan terbabit  dalam filem prekuel berkaitan Mat Kilau.

Abdul Rahman berkata, perkara itu disebabkan watak lakonan Adi dan Beto tidak diperlukan dalam prekuel itu manakala ketiadaan Syamsul kerana ingin memberikan peluang kepada pengarah baharu yang berbakat.

Selain itu, Beto turut memaklumkan dia tidak tahu menahu mengenai produksi itu akan membawa barisan pelakon Mat Kilau pergi menunaikan umrah bulan depan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat