PM Kenang Budi Bekas Boss, Santuni Tan Sri Sabaruddin Chik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati demikian ungkapan yang sesuai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenang jasa baik bekas ‘boss’ yang juga sifu politiknya iaitu Tan Sri Sabaruddin Chik.

Malam tadi berlangsung satu majlis makan malam yang dihadiri Perdana Menteri dan juga Tan Sri Sabaruddin, mereka berbual mesra dan sudah tentunya mengenang kisah lama suka duka dalam arena politik.

Momen indah itu dirakam Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhamad Anuar Md Yunos.

“Terharu melihat boss saya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni mentornya, Tan Sri Sabbaruddin Chik dalam majlis makan malam semalam.

“Tan Sri Sabbaruddin adalah sifu politik beliau. Tan Sri Sabbaruddin yang kini berusia 80 tahun adalah individu yang mengangkat Datuk Seri Ismail Sabri dalam politik.

“Sewaktu Tan Sri Sabbaruddin menjadi Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, boss saya (Ismail Sabri) menjadi Setiausaha Politik beliau dari 1995 hingga 1999,” catat Muhamad Anuar.

Malah katanya, pada pertemuan selama hampir dua jam itu, mereka berbual pelbagai perkara dan sudah tentu mengenang kisah lama, cerita suka-duka dan pahit-manis dalam politik.

Katanya, mereka turut berbincang mengenai senario politik terkini termasuk konsep Keluarga Malaysia yang dibawa dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

“Ketika pulang, Perdana Menteri turut merendah diri membantu menolak kerusi roda Tan Sri Sabbaruddin Chik ke kenderaannya, menjadikan satu momen yang cukup indah bagaimana seorang anak murid yang kini bergelar Perdana Menteri mengenang budi dan jasa bekas bossnya.

” Melihat layanan Perdana Menteri itu, mengingatkan saya satu perkara iaitu “apa guna ilmu yang dimiliki setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia”

” Masih terlalu cetek ilmu saya dalam politik berbanding Perdana Menteri. Semoga Tan Sri Sabaruddin Chik dan Perdana Menteri diberikan kesihatan terbaik oleh Allah,” katanya.

Untuk rekod Sabaruddin pernah menjawat jawatan Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan selama 10 tahun iaitu 1987 hingga 1997.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat