PKR Tetap Mahu Kembalikan Mandat Rakyat, Hormat Pendirian UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PKR tetap akan mengekalkan usaha mengembalikan mandat rakyat meskipun menghormati pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gencatan politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-Ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama, iaitu untuk memperbetul halatuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Beliau menegaskan, PKR cuba menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat.

“PKR mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO hari ini.

“Namun, pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan “gencatan politik” susulan Covid-19 dan menegaskan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, UMNO juga mendokong kerajaan PN dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat