Gangguan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya esok – Air Selangor

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Air Selangor Sdn Bhd berkata, 215 kawasan yang terjejas masih dalam proses pemulihan, dengan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang 8 pagi esok.

Manakala bekalan air di 83% atau 1,077 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur telah pulih setakat 6 pagi ini, selepas oeprasi 4 loji rawatan air Sungai Selangor terpaksa dihentikan akibat pencemaran bau pada Isnin lalu.

Bekalan air di Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya, manakala Kuala Selangor pulih 99%, Petaling (94%) dan Kuala Lumpur (89%).

Bekalan air di Kuala Langat pula hanya pulih 50%, Klang/Shah Alam (54%) serta Gombak (71%) setakat ini.

Air Selangor menasihatkan pengguna yang mendapat semula bekalan air supaya menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasna terjejas berjalan lancar.

Seramai 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas 4 LRA Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau pada Isnin lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat