‘Pikul watak hero satu tanggungjawab besar’- Zamarul

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Zamarul Hisham, 51, menganggap peluangnya yang masih diberikan watak ‘hero’ dalam drama bukan disebabkan ‘otai masih berbisa’, tetapi satu tanggungjawab besar perlu digalas.

Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed, berkata, dia melihat positif dan menyifatkan umur itu sekadar nombor.

Jelasnya, apa yang pasti bakat lakonannya masih diperlukan dan kena buat sehabis baik.

“Pada usia saya yang sudah 51 tahun ini dan masih diberi tanggungjawab sebagai ‘hero’, ia adalah cabaran besar.

Apatah lagi, saya digandingkan dengan pasangan pelakon yang jauh lebih muda.

“Sebagaimana, gandingan saya dengan Bella Astillah dalam drama Aku Tanpa Cintamu ini, kami umpama abang dan adik. Tapi, saya kena akur dengan karakter diberi dan harus buat sehabis baik,” katanya yang melakonkan watak Adam, seorang pengarah drama.

Zamarul yang kali terakhir muncul dalam drama di TV3 pada 2019 lalu, berkata, sejak dari dulu lagi, dia tidak pernah sambil lewa dalam melunaskan tanggungjawabnya untuk satu-satu watak yang dilakonkan.

“Sejak dari dulu sampai sekarang, saya bekerja dengan ikhlas kerana mencari rezeki untuk anak dan isteri. Jadi, saya sangat komited dari segi ketekunan dan kesungguhan dalam memahami serta menjayakan skrip yang diberi,” katanya yang menganggap tiada beza antara pelakon lama dan baharu kecuali pengalaman.

Terdahulu, Zamarul ditemui pada sidang media secara virtual drama Aku Tanpa Cintamu yang dibintanginya bersama Bella Astillah sebagai Nuha.

Katanya, drama arahan Emi Suffian itu mengisi slot Samarinda TV3.

Zamarul berkata, selama beberapa tahun tidak berlakon drama untuk TV3, dia memang rindu walaupun tawaran tetap ada.

Ujarnya, dia tidak dapat menerima tawaran diberi kerana sudah terikat dengan jadual penggambaran drama untuk stesen TV lain.

Drama Aku Tanpa Cintamu, hasil sentuhan skrip ditulis Orked sudah disiarkan TV3 sejak 15 September lalu dari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Barisan pelakon lain pula seperti Datuk Seri Eizlan Yusof, Mas Anizan, Zarynn Min dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat