Karya semua generasi

- Advertisement -

Perjalanan seni penyanyi remaja, Sophia Zuhri, 18, mungkin baru bermula. Namun, potensinya tampak tampak cerah. Menulis karya-karyanya sendiri, dia membuktikan kemampuannya juga sangat meyakinkan.

Penyanyi yang turut memenangi trofi Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi lagu Game of Charades di Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) baru-baru ini itu juga tahu apa yang diinginkan dalam karyanya.

Berdasarkan beberapa lagu yang sudah dihasilkan termasuk Mediocre Love, Against Me, Mimpi-Mimpi Ini dan Perfect For You, mesej disampaikan juga sangat mendalam.

Liriknya mendalam dan menyentuh kisah-kisah sosial.

Anak bongsu daripada empat beradik ini mengakui corak karyanya tidak pernah terhad untuk pendengar muda saja.

Walaupun dia masih remaja, dia berharap karyanya turut diterima baik pendengar lebih berusia.

“Saya yakin lagu saya boleh dikaitkan dengan cerita hidup pendengar pelbagai lapisan umur. Mereka boleh gunakan mesej yang disampaikan untuk membantu diri dalam sesebuah situasi. Contohnya dalam kehidupan sosial mereka.

“Saya tiada sasaran umur pendengar tertentu dan hasilkan karya yang terbaik. Saya tahu corak lagu saya ada yang gelap juga, tapi begitulah cara saya ekspresikan diri sendiri. Yang saya tahu, memang saya suka menulis lagu.

“Rata-ratanya lagu yang saya cipta datang daripada pengalaman hidup saya meniti kedewasaan. Bagaimana saya memerhati dan melihat. Kadang-kadang saya tulisnya berdasarkan imaginasi atau pengajaran yang saya dapat,” katanya.

 

Sophia Zuhri bersama ayahnya. FOTO GENES GULITAH
Sophia Zuhri bersama ayahnya. FOTO GENES GULITAH

 

Menyimpan hasrat untuk mengembangkan nama ke luar negara, Sophia turut menjadikan Yuna sebagai idola. Sebagai penyanyi yang aktif hasilkan lagu Inggeris, dia mahu mengecap pencapaian sebagaimana dilakukan penyanyi lagu Crush itu.

“Saya amat mengagumi Yuna kerana jelas sekali dia antara yang berjaya di peringkat antarabangsa. Lagipun, dia memang mencipta lagunya sendiri dan saya suka personalitinya yang sangat menarik,” katanya.

Sophia juga bertuah apabila akhirnya dapat realisasikan impian mengadakan persembahan sulungnya An Evening With Sophia Zuhri baru-baru ini.

Persembahan dipimpin penerbit muzik terkenal, Sharon Paul itu baginya sangat besar maknanya.

“Ia pengalaman yang sangat mendebarkan untuk pertama kali, tapi pada masa sama sangat menyeronokkan apabila dapat berada atas pentas menyanyikan lagu-lagu saya sendiri. Saya berterima kasih kepada semua yang hadir.

“Paling saya risaukan adalah terlupa lirik. Paling utama, saya cuma mahu semua yang hadir sangat terhibur berada di sana. Walaupun mereka tidak tahu lagu saya barangkali, saya mahu mereka benar-benar menikmatinya.

Mendapat khidmat komposer tersohor Ajai untuk mengemudi karier muziknya, Sophia jelas berada di tangan yang tepat.

Menurut Ajai, dia akan berusaha memastikan Sophia berada di landasan yang betul dan kekalkan identitinya.

“Saya membetulkan apa yang tak betul dari segi nyanyian tapi masih ikut hala tuju dia. Saya takkan tukar ke arah bukan kemampuan artistik dia. Rata-rata sekarang penyanyi baharu ada corak nyanyian ikut cita rasa mereka.

“Kita kena akur dengan perkara itu di mana kita tidak lagi jumpa penyanyi yang nyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza lagi atau lain-lain. Mungkin ada versi begitu tapi takkan sama. Kemerduan dan kekuatan ikut pembawaan masing-masing,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat