Nafi tak peduli nyawa rakyat, Zahid cuma mahu buktikan jentera BN sedia hadapi cabaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataannya yang tular berkaitan ‘BN sanggup redah banjir, hujan lebat demi PRU15’ hanyalah memberi gambaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob betapa jentera parti sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa walau apa jua keadaan dan situasi.

Pun begitu, kata Zahid ucapan beliau bagi menyatakan semangat serta kesiapsiagaan jentera BN itu dimanipulasi dan dipropagandakan konon BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat.

“Berikut petikan ucapan saya semasa Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN pada 17 September 2022; “kita tahu ada kekangan akhir tahun ada banjir. Ada hujan lebat, tetapi kalau PM (Perdana Menteri) bubar masa banjir pun kita sanggup redah untuk berkempen.

“Masa banjirlah Pemuda, Wanita dan Puteri BN turun lebih ramai daripada parti-parti lain. Kita (mahu) perlihatkan kepada PM (inilah) kesanggupan Pemuda BN”. Ucapan ini jelas untuk memberi gambaran kepada PM betapa jentera BN telah pun bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa walau apa jua keadaan dan situasi.

“Ucapan itu juga jelas bagi memberi gambaran kepada PM bahawa jentera BN sanggup meredah segala cabaran demi memastikan kemenangan pada PRU-15 milik BN,” jelas Zahid dalam kenyataan pada Rabu.

Rumusannya mudah sahaja kata Zahid berdasarkan ucapan beliau BN telah bersedia menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekali pun.

“Kita juga percaya kepada kemampuan dan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjayakan amalan demokrasi dalam sebarang situasi.

“Namun, jika benar lawan BN khuatir PRU-15 diadakan semasa `banjir’, bukannya alasan terbaru demi menyelamatkan politik mereka maka kita adakan PRU-15 sekarang.

“Sudah masa untuk mereka ‘walk the talk’ dan `tekanlah butang’ supaya SPR boleh tetapkan tarikh terhampir untuk rakyat memilih sebuah kerajaan baharu yang stabil dan lebih kukuh,” tegas Presiden Umno itu.

Beliau mengingatkan bahawa rakyat tidak pernah lupa dan mudah tertipu lagi dengan kisah yang telah dipertontonkan oleh kerajaan 22 bulan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat