Lanjut Geran MyIEC Dalam Belanjawan 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menjelang belanjawan 2023 sudah pasti pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk menyuarakan hasrat diberi ruang mendapat tempat dalam belanjawan yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Dato Sri’ Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz pada 7 Oktober depan.

Pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) antara yang menyuarakan hasrat agar program Malaysian Incentive Communities Empowerment (MyIEC) diteruskan lagi untuk tahun kedua.

Setiausaha Pertubuhan Generasi Digital Malaysia, Yuni Izwan Khairuddin melihat inisiatif ini sebagai usaha baik dan perlu diperluaskan bagi memperkasa pertubuhan-pertubuhan di Malaysia.

“Kita mahu agar ia diteruskan lagi untuk tahun depan. Lagi baik jika peruntukan ditambah lagi dengan nilai geran juga ditingkatkan antara RM15,000 hingga RM20,000”, ujarnya.

Menurutnya, geran yang memberi ruang kepada pelbagai jenis sektor pertubuhan seperti sosial, pendidikan dan hak asasi dilihat mampu mewujudkan landskap masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai kesukarelawan yang tinggi.

“Tapi kalau boleh kita minta pihak JPPM untuk buat lebih banyak hebahan. Banyak pertubuhan tidak tahu berkaitan geran ini. Elok tingkatkan lagi maklumat mengenainya”.

Dalam pada itu, Presiden Briged Negaraku, Khairul Nizam Mohd Sopery mahu JPPM memberikan geran tersebut hanya kepada pertubuhan yang benar-benar layak sekiranya ia tetap diteruskan.

“JPPM sepatutnya melihat semula kriteria yang ditetapkan. Pastikan hanya pertubuhan yang aktif sahaja yang layak mendapat geran itu. Tengok betul-betul adakah pertubuhan tersebut sememangnya wujud dan aktif”, katanya.

MyIEC melalui JPPM telah menerima dana sejumlah RM20 juta dalam belanjawan 2022 yang dipecahkan melalui geran berjumlah RM10,000 memberi ruang kepada pertubuhan-pertubuhan berdaftar untuk merangka aktiviti bagi tujuan memperkasa tadbir urus yang baik, meningkatkan nilai kesukarelawan, kepimpinan unggul, dan mewujudkan keselamatan serta kesejahteraan rakyat terjaga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat