Najib jalani fisioterapi di HRC, tiada layanan istimewa- Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di Kuala Lumpur kerana memerlukan fisioterapi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah, tidak diberikan layanan istimewa.

Bagaimanapun, Khairy tidak memberikan butiran mengenai penyakit Najib.

Malaysiakini melaporkan, Khairy turut mendedahkan bahawa dia telah mengarahkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan siasatan terhadap ciapan Twitter yang didakwa dibuat oleh salah seorang doktor yang merawat Najib dan mendedahkan maklumat mengenainya.

“Tiada layanan istimewa. Terdapat permintaan oleh timbalan pendakwa raya supaya prosiding ditangguhkan supaya Najib boleh menerima rawatan perubatan yang diperlukan.

“Berikutan itu, dia dirujuk ke HKL di mana dia dirawat untuk keadaan kesihatannya dan dia menjalani beberapa ujian.

“Sekarang susulan itu, dia dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras kerana rawatan susulan yang memerlukan fisioterapi.

“Dan sebahagian daripada itu sudah tentu untuk mengajarnya bagaimana untuk melakukannya sendiri, kerana dia akan dibenarkan keluar sebaik sahaja pakar berpuas hati bahawa dia tidak lagi perluy masuk wad,” katanya pada sidang media petang ini.

Khairy berkata akses Najib kepada kemudahan perubatan adalah selaras dengan prosedur operasi standard kementerian, di mana layanan sama turut diberikan kepada banduan lain yang memerlukannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat