Cita Citata tak menyesal batal perkahwinan

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi dangdut, Cita Citata mengakui tidak pernah menyesal dan kecewa apabila memilih membatalkan perkahwinannya dengan jejaka asing.

Tampil dalam program Tonight Show, Ahad lalu, Cita, 27, yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini berkata, dia sepatutnya berkahwin dengan warga Belanda dikenali Roy Geurts tahun lalu.

“Saya tidak bersedih dengan apa berlaku dan lega kerana perkahwinan itu tidak berlangsung. Saya cuma mencuba sahaja, kalau tak jadi jangan sedih. Dalam hal ini saya seolah-olah diselamatkan.

“Bayangkan kalau dah nikah, ada anak dan bercerai itu lebih parah dan menyusahkan,” katanya. Terdahulu pada April tahun lalu, Cita memberitahu Roy Geurst sudah memeluk Islam dan mereka merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Bagaimanapun pada awal Julai pula, dia mengejutkan peminatnya apabila mendedahkan sudah putus cinta dengan kekasihnya itu.

Mengulas lanjut, Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu berkata, dalam setiap perhubungan haruslah mempunyai persamaan dan tidak boleh dipaksa.

“Saya akan beri kesempatan terlebih dahulu. Kalau tak sesuai dan tak serasi, tak perlu diteruskan,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat