Pertama Kali Beraksi, Thiago Sudah Catat Sejarah Bersama Liverpool

- Advertisement -

PADA 45 minit pertama penampilannya sebagai pemain Liverpool, Thiago Alcantara memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris ketika mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea.

Pemain tengah Sepanyol itu diumumkan sebagai pemain Liverpool pada hari Jumaat petang, setelah menyelesaikan pertukaran bernilai 25 juta pound dari Bayern Munich.

Jurgen Klopp pada mulanya mengakui bahawa tidak mungkin pemain berusia 29 tahun itu dapat bermain untuk pasukan dalam pertemuan dengan Chelsea memandangkan beliau baru tiba dari Jerman beberapa hari yang lalu.

Namun, ketika Thiago menggantikan Jordan Henderson dibabak kedua, pemain tengah itu bukan sahaja berjaya mengawal permainan – bahkan mencatat satu statistik yang cukup luar biasa.

Thiago melengkapkan 75 hantaran dalam tempoh 45 minit, lebih banyak daripada apa dilakukan oleh mana-mana pemain Chelsea sepanjang 90 minit.

Selain itu, ia adalah hantaran terbanyak yang pernah dilakukan oleh mana-mana pemain dalam tempoh 45 minit di Liga Perdana sejak rekod itu dimulakan pada kempen 2003/04.

Pemain Sepanyol itu turut terlibat dalam beberapa detik penting lain dalam permainan berkenaan, tetapi bukan seperti yang beliau harapkan – terutama ketika beliau menjatuhkan Timo Werner dan pengadil memberikan penalti kepada Chelsea.

Namun, Jorginho terlepas penalti pertamanya untuk The Blues, dan Alisson menyelamatkan sepakan penalti pertamanya untuk The Reds.

Pasukan Klopp akhirnya menutup permainan dengan kemenangan agak selesa, 2-0, pastinya dibantu oleh kehadiran Thiago yang mengawal permainan di tengah-tengah padang.

The Reds akan kembali beraksi pada hari Khamis malam menentang Lincoln City di Carabao Cup. Diikuti pertemuan dengan Arsenal di Liga Perdana pada hari Isnin berikutnya – Liverpoolecho

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat