“Mana Dia Mau ‘Curi’ Tanah Begitu Banyak?” – Bung Moktar

- Advertisement -

LAHAD DATU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mempersoalkan janji pemimpin Warisan Sabah untuk memberikan 5 ekar tanah kepada setiap keluarga di Sabah jika parti itu berjaya mempertahankan kuasa dalam pilihanraya negeri Sabah pada 26hb September nanti.

“Mana dia mau ‘curi’ tanah begitu banyak?”, tanya Bung Moktar di hadapan pengundi dan petugas jentera BN DUN Tungku disini.

Beliau meminta rakyat untuk tidak mempercayai janji seperti itu kerana Warisan telah terbukti gagal melaksanakan banyak janji mereka sebelum ini.

Menyokong kenyataannya itu, Bung Moktar memberikan contoh bagaimana pemimpin Warisan berjanji kepada penduduk setinggan di DUN Sekong, kononnya untuk menyelesaikan masalah disitu dalam tempoh 100 hari pentadbiran mereka, tapi akhirnya tidak ditunaikan.

Ahli Parlimen Kinabatangan yang lebih mesra dengan panggilan Bung itu juga memnpersoalkan kenapa sehingga kini Warisan masih tidak membentangkan sebarang manifesto mereka kepada rakyat.

Berbeza dengan BN dan rakan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah melancarkan akujanji kepada rakyat Sabah pada 16 September yang lepas dimana di dalamnya mengandungi banyak tawaran menarik untuk rakyat seperti soal perumahan, kebajikan, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain.

Malah semua permasalahan rakyat di DUN Tungku yang disebut dalam ucapan calon BN untuk kawasan tersebut, Momen @ Abd Momen Anchai @ Angha sebelum itu, sebenarnya telah diberi perhatian dalam akujanji berkenaan.

Bung turut menyeru semua petugas kempen BN di DUN Tungku untuk melipatgandakan usaha mendekati pengundi. “Bekerjalah seperti lipas kudung di luar sana”, kata beliau.

Usai ucapannya, Bung Moktar menerima borang permohonan untuk menyertai UMNO daripada beberapa orang bekas ketua cawangan dan penyokong parti Warisan dalam DUN Tungku – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat