Mohamaddin Persenda Kedaulatan Negara, Pengorbanan Anggota Keselamatan

- Advertisement -

PITAS – Kenyataan tidak bertanggungjawab calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi disifatkan telah mempersendakan kedaulatan negara dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam Op Daulat pada 2013.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, sebagai pemimpin kita tidak boleh mengambil mudah soal keselamatan, keharmonian dan kemakmuran negara.

“Tentunya kenyataan Mohamadin telah menggores hati polis dan tentera yang bertugas dalam Op Daulat.

“Mereka telah mengorbankan nyawa, jiwa dan raga untuk menjaga kedaulatan negara.

“Namun, dipersendakan pengorbanan mereka itu, ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab,” katanya kepada SuaraTV ketika ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pinggan-pinggan di sini, hari ini.

Hasni memberi ingatan agar soal keselamatan tidak dipandang enteng kerana sejarah telah mengajar kita supaya dapat mengelakkan ancaman sedemikian pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu ‘sandiwara’.

Situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.

Menurutnya, ketika itu ketegangan telah mencetuskan ‘perang’ dan ramai orang mati disebabkan kejadian berkenaan.

“Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihanraya tiada pula peperangan itu.

“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu,” katanya.

Video rakaman kempen Mohamaddin itu kini mula tular di media sosial.

Seramai 10 wira negara terkorban dalam Op Daulat semasa mempertahankan bumi Sabah daripada pencerobohan pengganas Sulu pada 2013 termasuk serangan hendap di Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna. Tragedi itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu ditembak mati.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat