Calon Berwawasan, Jamawi Tawar Misi Melalap 2020-2025

- Advertisement -

MELALAP- Calon N.42 Melalap, Jamawi Jaafar akan melancarkan Misi Melalap 2020-2025.

Menggariskan lapan teras utama untuk ditawarkan kepada rakyat Melalap dalam tempoh lima tahun.

Hal ini kerana, katanya, walaupun Melalap merupakan pekan namun masih banyak yang tertinggal daripada segi infrastruktur .

“Hospital kita pun didirikan 1960-an kemudian bekalan elektrik masih ada yang belum dapat, bekalan air 65 peratus dan sebahagian besarnya adalah tidak dirawat.

“ Jadi saya lihat bahawa dalam tempoh lima tahun saya telah menggariskan apa yang ingin saya lakukan dan boleh dilaksanakan kerana saya rasa telah buktikan di kawasan Kemabong dalam tempoh dua tahun dua bulan beberapa perkara tersebut telah dapat saya laksanakan,” katanya ketika ditemui SuaraTV.

Menurut Jamawi, orang Melalap beruntung sekiranya memilih beliau kerana mereka akan mendapat seorang wakil rakyat yang berkhidmat dan mereka akan dapat seorang bekas pegawai pertanian

“Di kawasan Melalap ini 80 peratus penduduknya bertani dan saya akan terus tunjuk ajar mereka ini untuk bertani bukan saja bertani dalam keadaan biasa tetapi harus melihat bahawa ada nilai komersial dan apabila mereka usahakan hasilnya lebih baik berbanding penanaman secara tradisional,” jelasnya.

MISI MELALAP 2020-2025

Lapan teras utama

  • Pendidikan
  • Sosioekonomi
  • Pertanian
  • Pelancongan
  • Infrastruktur
  • Modal Insan
  • Perubatan
  • Pendidikan Tinggi

Kecemerlangan pendidikan

Memperkasakan program-program peningkatan pencapaian bagi anak-anak Melalap yang menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) selain daripada memberi insentif kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/ institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Melahirkan lebih ramai usahawan baru

Merangka programdan latihan bagi melahirkan lebih ramai usahawan baru dikalangan rakyat sepanjang 2020-2025 serta mewujudkan sekurang-kurangnya 10 koperasi komuniti kampung yang berdaya maju selain daripada menyediakan platform perniagaan digital bagi menembus pasaran tempatan dan antarabangsa.

Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan

Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor seperti industri kecil dan sederhan(IKS), pertanian serta pelancongan sepanjang 2020-2025 bagi mewujudkan kestabilan sosio-ekonomi mapan di DUN Melalap.

Hub penyelidikan pertanian moden

Menjadikan DUN Melalap sebagai hub penyelidikan dan pendidikan pertanian moden dalam tempoh lima tahun bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 di samping menyalurkan banuan baka tanaman nilai tinggi untuk ketua isi rumah yang mampu mencipta peluang peluang pekerjaan dan perniagaan serta kemasukan pelabur luar.

Naik taraf infrastruktur pelancongan

Menjadikan Melalap sebagai satu destinasi pelancongan tumpuan di Malaysia yang lengkap dengan infastruktur serta kemudahan asas bagi pengunjung tempatan dan luar negara menjelang 2025.

Pembangunan Pekan Melalap

Satu pelan pembangunan terperinci akan dibuat untuk membangunkan Pekan Melalap secara lestari dengan infrastruktur yang lebih baik serta mendirikan perumahan mampu milik dan bangunan komersial, kedai bagi memenuhi permintaan masyarakat tempatan.

Pembaikan dan naik taraf jalanraya

Mendapatkan peruntukan untuk membaiki dan menaik taraf jalanraya di DUN Melalap dalam tempoh lima tahun bagi memastikan jaringan jalanraya yang efisien dan kondisi jalan sentiasa berada di tahap yang baik juga memudahkan mobiliti rakyat.

Luaskan liputan rangkaian 4G

Menaik taraf infrastruktur telekomunikasi bagi memastikan lebih daripada 90 peratus kawasan di DUN Melalap mendapat liputan rangkaian 4G yang akan membolehkan rakyat berhubung dan melayari internet pada kelajuan tinggi sebelum 2025.

Melestarikan pembangunan modal insan

Memastikan pembangunan modal insan yang lebih inklusif untuk rakyat Melalap terutamanya dari sudut pendidikan akademik, kemahiran dan sahsiah bagi melahirkan generasi kompetitif seiring dengan arus pembangunan negara.

Menubuhkan Yayasan Melalap

Yayasan Melalap akan ditubuhkan untuk membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan di samping memperkukuhkan solidariti di kalangan rakyat tanpa mengira suku kaum atau agama seperti program kebajikan, rawatan hospital dan khidmat van jenazah yang akan diteruskan.

Memperkasa kemudahan perubatan

Mendapatkan peruntukan bagi memperkasa kemudahan perubatan seperti bangunan hospital teknologi tinggi, klinik kesihatan, pusat dialisis dan rehabilitasi untuk menampung keperluan rakyat Melalap menjelang 2025.

Mewujudkan Institusi Pengajian Tinggi(IPT)

Kawasan Melalap, Tenom akan menjadi tumpuan peserta ilmu dan akademik dalam tempoh jangka masa lima tahun dengan wujudnya IPTA atau IPTS yang akan melahirkan generasi baru berkualiti dan juga memberikan impak positif dari segi ekonomi kepada masyarakat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat