Umno akan terus perjuang titah addendum Najib – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak akan berganjak memperjuangkan kewujudan Titah Adendum (perintah tambahan) Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya Datuk Seri Najib Razak menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah, ikrar Presiden Umno.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan terus membawa mandat setiap ahli parti dan tidak berganjak dalam membela nasib Najib.

“(Berkenaan) Najib, adendum, saya dan Dato Sri Diraja (Wan Rosdy). Kami membawa mandat setiap ahli parti dan kami tidak pernah berganjak dalam membela nasib Bossku.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, semua pasti mengerti apa yang saya maksudkan.

“Sosok tubuh itu sentiasa ada dalam persidangan (PAU). Namun kali ini kita hanya mampu merindui (Najib).

“Kalau kita terus istiqamah untuk ummah dan rumpun kita, Insya-Allah kita akan mendapat kejayaan,” kata Zahid memetik sumber.

Pada Julai lalu, Mahkamah Tinggi menolak Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung kewujudan Titah Adendum (perintah tambahan) Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Hakim, Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit difailkan bagi menyokong permohonan Najib termasuk oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, adalah bersifat dengar cakap.

Amarjeet dalam penghakimannya, berkata beliau sudah menimbangkan semua afidavit dan mendapati afidavit Najib hanya mengandungi kenyataan kosong tanpa menyebut sumber dan kepercayaan beliau mengenaikewujudan titah itu.

Amarjeet berkata, beliau mendapati kedua-dua afidavit berkenaan adalah pada peringkat tertinggi (dalam kategori) dengar cakap.

Beliau berkata, Najib membuat kesimpulan bahawa peguamnya menulis kepada responden mengenai perkara sama tanpa menerima sebarang jawapan.

Katanya, dalam afidavit ketiga pula, Zahid berkata beliau dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengenai kewujudan Titah Adendum berkenaan.

“Zahid berkata, Tengku Zafrul memberitahunya bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menunjukkan perintah tambahan itu kepadanya dan Tengku Zafrul juga mengambil foto perintah terbabit.

“Zahid berkata, bahawa beliau melihat foto perintah itu dalam telefon bimbit Tengku Zafrul, yang kononnya mengandungitandatangan Yang di-Pertuan Agong.

“Penegasan Ahmad Zahid juga adalah dengar cakap semata-mata sebagai sumber maklumat dan kepercayaan beliau ialah Tengku Zafrul. Ahmad Zahid sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenai perintah tambahan itu melainkan apa yang didengari daripada Tengku Zafrul,” katanya.

Amarjeet berkata, penegasan Wan Rosdy pula dalam afidavitnya yang menyatakan bahawa sumber maklumat beliau mengenai perintah tambahan ialah Tengku Zafrul, juga bersifat dengar cakap.

Hakim berkata, Najib bergantung kepada sumber Tengku Zafrul, tetapi sumber itu tidak mengesahkan sebarang afidavit dan tiada penjelasan lanjut terhadap fakta berkenaan

Beliau berkata, Tengku Zafrulcuba memfailkan afidavit tetapi mahkamah itu tidak membenarkannya kerana undang-undang tidak membolehkannya berbuat demikian pada peringkat kebenaran.

“Dalam keadaan ini, saya berpendapat semua afidavit adalah khabar angin semata-mata.

“Akibatnya, tiada afidavit yang mengesahkan fakta material yang dinyatakan, oleh itu, tidak ada kes yang boleh dipertikaikan di peringkat substantif, ” katanya.

Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Beliau juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat