Jadilah pelawak bijak – Azlee Senario

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Anggota Senario Azlee Jaafar, 55, mengingatkan agar pelawak baharu kini harus bertindak lebih bijak ketika berlawak supaya tidak mengaibkan orang lain.

Azlee ditemui berkata, dia yang bersyukur Senario masih aktif lagi dalam industri hiburan apabila akan muncul dengan beberapa projek seni tidak lama lagi, berasakan sebagai pelawak, penting untuk melawak dengan ‘bijak’.

“Walaupun sekarang ada ramai pelawak generasi baharu dalam industri, tapi pada saya rezeki tetap Allah yang tentukan. Lagi pula, realitinya tidak ada yang lama, maka tiada yang baharu. Tidak ada yang baharu, tiada yang lama.

“Malah, pada saya sebagai pelawak, kita kena berlawak secara ‘smart’ supaya tidak membuat lawak dengan perkara yang boleh mengaibkan seseorang agar martabat pelawak itu diangkat,” katanya yang kini muncul dengan drama Anak Beranak Abang Yie di TV3.

Selain itu, Azlee juga berasa lega apabila dia masih mampu menampung hidup bersama keluarga, dengan pendapatan dalam karier seni sebagai pelakon dan pengacara untuk majlis korporat.

Azlee berkata, dalam fasa endemik sekarang, dia sangat bersyukur apabila kariernya ‘bersinar semula’ dengan pelbagai tawaran yang datang dalam lakonan dan juga pengacara majlis.

Terdahulu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akibat Covid-19 tahun lalu, Azlee difahamkan berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh untuk sumber pendapatan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat