Di mana salah, silap naskhah saya ditendang? – Ziela

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Empat tahun tidak menerbitkan sebarang naskhah drama, tentu penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil, 51, begitu memuncak.

Namun, entah di mana salah, silapnya apabila Ziela belum dikurniakan rezeki untuk menghasilkan drama bagi siaran stesen televisyen (TV).

Kali terakhir menerusi syarikat produksi, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela menerbitkan drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku.

Ziela berkata, banyak kertas kerja sudah dihantar, namun, sehingga kini, tiada satu naskhah tersangkut.

“Ada kalanya, saya rasa seperti mahu berputus asa. Ini kerana kertas kerja bukan dihasilkan secara percuma, sebaliknya, perlu mengupah penulis, sekali gus, mengeluarkan modal.

“Saya sangat menantikan peluang untuk produksi, Pena Creative diberikan peluang stesen TV. Saya mahu bangkit semula, kembali seperti zaman drama-drama dinantikan penonton.

“Saya tidak sabar untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Pena Creative dengan menghasilkan drama berkualiti.

“Namun, hingga saat ini, tidak nampak peluang lagi. Bukan saya tidak mencuba langsung, sebaliknya sudah beberapa kali saya menghantar kertas kerja, namun, tiada satu pun menepati cita rasa stesen TV,” katanya kepada BH Online.

Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil berkata, dia melihat drama ditayangkan di stesen TV tiada bezanya dengan naskhah dihantar.

“Kenapa drama saya tidak diterima?

“Saya ada juga menyuarakan keluhan kepada stesen TV kenapa tidak memanggil pembikin drama berpengalaman dan beritahu apa yang dimahukan.

“Ini memandangkan syarikat produksi saya memiliki trek rekod baik dan pernah memenangi pelbagai anugerah.

Namun, sehingga kini, usahanya itu tidak mendapat jawapan pasti,” katanya.

 

Ziela bersama Mak Wan Latah dan Liza Abdullah membintangi teater Dara & Mak Cik Bawang yang dipentaskan dipentaskan di Panggung Sari, Kompleks JKKN Melaka, bulan lalu. - NSTP/Aziah Azmee
Ziela bersama Mak Wan Latah dan Liza Abdullah membintangi teater Dara & Mak Cik Bawang yang dipentaskan dipentaskan di Panggung Sari, Kompleks JKKN Melaka, bulan lalu. – NSTP/Aziah Azmee

 

Katanya, dia tidak boleh menghantar kertas kerja dengan kerap kepada stesen TV kerana memerlukan kos.

“Jika saya hantar kertas kerja, tetapi karya tidak dipilih tidak guna juga.

“Hendak menghasilkan kertas kerja pun memerlukan kos. Sekarang buat kertas kerja pun penulis minta upah.

“Jadi, saya tidak mahu membazir duit mengeluarkan modal yang banyak, tetapi akhirnya drama tidak dipilih,” katanya kini yang terpaksa beralih arah dengan aktif dalam dunia lakonan.

Baru-baru ini, Ziela membintangi teater Dara & Mak Cik Bawang yang dipentaskan dipentaskan di Panggung Sari, Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN) Melaka, bulan lalu.

“Semua anak-anak sudah berhijrah ke luar negara. Anak sulung, Puteri Julia Nabilah bersama suami dan anak-anak kini bekerja di Ireland.

“Manakala, dua anak lelakinya, Megat Jufri Nasrullah dan Ibrahim Junid Abdullah kini menyambung pengajian di Yaman, jadi, saya mempunyai masa senggang yang membolehkan menerima tawaran berlakon.

“Kalau dahulu setiap kali cucu datang ke rumah, takkan saya hendak tinggalkan mereka. Kini, jika ada tawaran berlakon tidaklah saya rasa bersalah tinggalkan anak dan cucu,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang mula menempa nama menerusi filem Mr Os dan Perawan Malam itu berkata, bukan semua tawaran diterima, sebaliknya hanya menerima tawaran syarikat milik rakan seperti Erma Fatima atau Datin Zaiton Mohd Jiwa.

“Saya tidak menerima semua tawaran kerana tidak mahu menyusahkan orang,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat