Nabila tumpang populariti MK K-Clique?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi mencatat sejarah apabila video muzik single Peluang Kedua mencapai tontonan 1 juta dalam tempoh sehari dimuat naik di saluran YouTube.

Ia sekali gus mengulangi rekod video muzik single hitnya, Pematah Hati.

Mengucapkan syukur, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, ia satu pencapaian yang bermakna dalam kerjaya seninya sebagai anak seni.

“Alhamdulillah, saya terharu kerana video muzik Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan single Pematah Hati pada 2017. Mungkin ia perkara biasa bagi penyanyi lain, tetapi satu kejayaan besar buat saya,” kata pelakon Kebaya Kasut Kanvas itu.

Nabila berkata, awalnya tidak menyangka video muzik berkenaan akan pantas mencuri perhatian ramai.

“Sebenarnya, saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” ujarnya.

Nabila Razali berdepan banyak dugaan ketika penggambaran video muzik Peluang Kedua berikutan hujan dan sejuk di Cameron Highlands.
Nabila Razali berdepan banyak dugaan ketika penggambaran video muzik Peluang Kedua berikutan hujan dan sejuk di Cameron Highlands.

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi, Hael Husaini dan MFMF itu turut menampilkan penyanyi rap, MK K-Clique sebagai hero dan rakan duet untuk single terbaharu itu.

Nabila turut tidak menolak sambutan hangat terhadap video muzik single berkenaan disebabkan MK yang menjadi kegilaan ramai wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai menonton video muzik ini berulang kali.

“MK juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan single Peluang Kedua sejak dimuat naik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada pasukan produksi Ghzmsn Studio dan pengarah, Lily Samsuddin yang bertanggungjawab memberi kualiti video terbaik.

“Orang kuat di balik tabir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini. Bayangkan, banyak dugaan yang dilalui ketika proses penggambaran terutamanya faktor cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands, ” ujarnya.

Single Peluang Kedua versi baharu itu boleh didapati di semua pelantar strim bermula hari ini.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat