Bersatu Hantar Surat Rasmi Setuju Sertai Muafakat Nasional

- Advertisement -

SHAH ALAM – Muafakat Nasional (MN) menerima surat persetujuan daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai gabungan berkenaan pada Selasa lalu.

Setiausaha Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, ia susulan surat jemputan yang dihantar kepada Bersatu untuk menyertai gabungan berkenaan pada 13 Ogos lalu.

“Itulah semangat syura…dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh MN pada 6 Ogos.

“Perkara itu (jemputan Bersatu menyertai MN) dilapor dalam Biro Politik dan MKT (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) pada 7 Ogos. Surat dihantar 13 Ogos…18 Ogos kita terima surat setuju dari YAB Presiden PPBM (Bersatu),” ciapnya di Twitter hari ini.

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Twitternya semalam memaklumkan mengenai mesyuarat MN yang dipengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menjemput Bersatu menyertai MN.

“Saya dan Presiden Pas tandatangan surat jemputan kepada Bersatu berdasarkan kepada keputusan mesyuarat berkenaan,” kata Ahmad Zahid.

Pada 15 Ogos lalu, Muhyiddin berkata, Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar atau ‘the grand coalition’.

Muhyiddin berkata, beliau percaya penyertaan dalam MN pilihan terbaik untuk parti itu kerana berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti utama di negara ini.

Mengulas lanjut, Annuar menjelaskan, UMNO dan Pas ketika membincangkan hala tuju MN seperti dalam perjanjian persefahaman (MoU) dan piagamnya sudah menyatakan komitmen untuk membawa pembabitan parti lain dalam memperkasa penyatuan ummah.

“MN tidak dirancang menjadi eksklusif sebaliknya mesti membesar secara organik…didukung ummah secara melebar dan meluas.

“Politik norma baharu menuntut inklusiviti. Pihak yang berjaya membina muafakat dan tidak berpecah, akan berjaya. Alhamdulillah pimpinan UMNO dan Pas semakin mara.

“UMNO dan Pas sewaktu membincangkan hala tuju MN, (seperti dalam MOU dan piagam) telah menyatakan komitmen untuk membawa penglibatan parti-parti lain dalam memperkasakan penyatuan ummah.

“Alhamdulillah matlamat memperkasakan MN secara organik seperti tercatat dalam Perkara 2.2 MOU/Piagam semakin berjaya,” ciapnya lagi. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat